Rabu 21 Julai,2010: Mesyuarat PIBG dan Hari Anugerah Cemerlang & PIBG SMA Maahad al-Ehya Asshariff akan diadakan pada hari Khamis 22 Julai 2010 bertempat di Dewan sekolah. Perjumpaan ibu-bapa dan guru-guru diadakan kemudian dituruti dengan Hari Anugerah Cemerlang ini diadakan untuk mengiktiraf ketekunan pelajar-pelajar dalam pembelajaran akademik, I'dadi/Thanawi, serta kegiatan kokurikulum. Anugerah pelajar harapan PMR,SPM,STAM.Begitu juga Anugerah pelajar terbaik dalam hafazan dan setiap matapelajaran, anugerah peningkatan bagi tempat pertama,kedua dan ketiga, termasuk pelajar contoh dan terbaik dalam kokurikulum.
Pada hari Jumaat 23 Julai telah diumumkan hari Cuti peristiwa dan Hari Keluarga Ehya. Seperti tahun-tahun sebelumnya, pihak sekolah mengadakan lawatan dengan guru-guru, dan keluarga mereka ke lokasi-lokasi menarik seperti Kelantan, Terengganu, Cameron Highlands dan lain-lain. Pada hari Khamis petang , sebanyak 2 buah bas, seramai 91 orang guru-guru,kakitangan dan keluarga mengikuti rombongan sekolah ke Pulau Langkawi. Rombongan akan bermalam selama 3 hari 2 malam dan melawat pelbagai tempat menarik seperti Pantai Chenang, Akuarium, Taman Buaya , kereta kabel dan lain-lain.Semoga perjalanan itu akan mengeratkan lagi silaturrahim di antara semua warga Ehya Asshariff.
Read more...